Wednesday, April 27, 2011

Alif 6 bulan

Hari berganti hari, anakku alif semakin membesar. Seperti kanak-kanak lain, banyak yang telah dipelajari sepanjang usianya di dunia ini.Alif dah mula tumbuh gigi, karenahnya cukup mencuit hati. Dia sangat aktif bergerak. Tak diam tangan. Cepat dia mencapai apa sahaja yang menarik perhatiannya. Kertas bewarna, mainan ikan , hujung tikar sehinngalah ibu jari kaki menjadi kegemaran utama. Cepat menunjukkan reaksi sama ada gembira atau sedih. Alhamdulillah.. semoga Alif terus sihat ceria. Doa ikhlas dari mama.